Ahmad Sohaimi akur kekalahan
JERAI, isnin, 04 November, 2013: Calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim reda dan menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan hati terbuka.
Bekas pensyarah itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi yang menyokongnya dan jentera parti yang bertungkus lumus serta bekerja keras sepanjang tempoh berkempen sejak 12 hari lalu.
"Kita bersama jentera parti BN sudah bertungkus lumus demi memastikan kejayaan untuk PRK kali ini.
"Sebagai seorang Islam kita kena percaya pada rukun qada dan qadar yang ditentukan Allah," katanya malam ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment