Undi orang Cina meningkat
JERAI, ISNIN, 04 November, 2013: Undi pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau meningkat antara 60 hingga 70 peratus.
Timbalan Presiden Gerakan, Dr. Cheah Soon Hai berkata, ini terbukti apabila tiga kawasan yang dihuni kaum Cina iaitu di Sungai Limau, Kabu 10 dan Simpang Tiga menang kali ini.
"Jika dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, ketiga-tiga kawasan ini kalah dan disebabkan sokongan kaum Cina pada kali ini, tiga kawasan itu kembali kepada BN," katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan BN di sini hari ini.
Beliau berkata, undi daripada masyarakat Cina itu adalah disebabkan keyakinan mereka terhadap BN untuk membangunkan kawasan Sungai Limau.
"Walaupun BN kalah, namun berjaya mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada BN," ujarnya. - UTGUSAN
No comments:
Post a Comment