Oleh SYUKRI SHAARI
KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 November, 2013: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedar mengenai kegiatan 'risikan' oleh Amerika Syarikat (AS) menerusi beberapa kedutaan di Malaysia tetapi masih mengkaji setakat mana perbuatan itu membabitkan maklumat pertahanan negara ini.
Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, ATM peka mengenai perkara itu dan sentiasa meningkatkan tahap keselamatan maklumat pertahanan negara daripada bocor kepada pihak asing.
"Duta-duta negara luar yang dilantik bertugas di negara kita memang ditugaskan mengumpul maklumat. Tetapi maklumat yang bagaimana? Biasanya membabitkan ekonomi, dasar-dasar kerajaan, adakah ini dipanggil risikan?
"Perlu diperjelaskan data apa yang dipintas oleh AS. Walau bagaimanapun, saya ingin tegaskan bahawa ATM sentiasa peka dengan perkembangan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis meraikan anggota cedera ATM peringkat pusat bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-80 angkatan itu di sini hari ini.
Yang turut hadir Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Bantuan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Jeneral Datuk Che Akmar Mohd. Nor.
Baru-baru ini, bekas ejen Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) Edward Snowden mendakwa AS menggunakan kedutaan Australia, Britain dan Kanada untuk memintas panggilan dan data beberapa negara Asia termasuk China, Indonesia dan Malaysia.
Dalam pada itu, bagi membendung masalah kebocoran maklumat, Zulkifeli memberitahu, ATM mempunyai unit khas yang ditugas untuk memastikan keselamatan maklumat berhubung pertahanan negara sentiasa terjamin khususnya daripada negara asing.
Katanya, inisiatif itu melibatkan unit semboyan yang sentiasa memantau dan menentukan penyaluran maklumat hanya kepada pihak-pihak yang berhak.
"Kita memandang serius perkara ini, sebab itu tugas-tugas menyimpan dan menyalur maklumat ini diberikan kepada sebuah unit khas bagi memastikan tahap keselamatannya terjamin. Bukan itu sahaja, maklumat-maklumat di alam siber juga dijamin keselamatannya daripada penggodam," jelas beliau..
Mengulas tentang majlis penyampaian sumbangan kepada anggota cedera, Zulkifeli memberitahu, sebanyak 65 orang menerima sumbangan berjumlah RM500 setiap seorang.
"Sumbangan ini sebagai tanda ingatan ATM dan kerajaan atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh anggota-anggota ini supaya kedaulatan negara terpelihara," ujar beliau. - UTUSAN
* ZULKIFELI Mohd. Zin (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Lt. Kol (B) Syed Othman Syed Omar yang ditemani isterinya, Habibah Nordin yang merupakan sebahagian daripada 65 orang anggota dan pesara yang cedera dalam satu majlis bersempena sambutan ulang tahun ke-80 ATM di Kuala Lumpur, semalam. |
Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, ATM peka mengenai perkara itu dan sentiasa meningkatkan tahap keselamatan maklumat pertahanan negara daripada bocor kepada pihak asing.
"Duta-duta negara luar yang dilantik bertugas di negara kita memang ditugaskan mengumpul maklumat. Tetapi maklumat yang bagaimana? Biasanya membabitkan ekonomi, dasar-dasar kerajaan, adakah ini dipanggil risikan?
"Perlu diperjelaskan data apa yang dipintas oleh AS. Walau bagaimanapun, saya ingin tegaskan bahawa ATM sentiasa peka dengan perkembangan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis meraikan anggota cedera ATM peringkat pusat bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-80 angkatan itu di sini hari ini.
Yang turut hadir Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Bantuan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Jeneral Datuk Che Akmar Mohd. Nor.
Baru-baru ini, bekas ejen Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) Edward Snowden mendakwa AS menggunakan kedutaan Australia, Britain dan Kanada untuk memintas panggilan dan data beberapa negara Asia termasuk China, Indonesia dan Malaysia.
Dalam pada itu, bagi membendung masalah kebocoran maklumat, Zulkifeli memberitahu, ATM mempunyai unit khas yang ditugas untuk memastikan keselamatan maklumat berhubung pertahanan negara sentiasa terjamin khususnya daripada negara asing.
Katanya, inisiatif itu melibatkan unit semboyan yang sentiasa memantau dan menentukan penyaluran maklumat hanya kepada pihak-pihak yang berhak.
"Kita memandang serius perkara ini, sebab itu tugas-tugas menyimpan dan menyalur maklumat ini diberikan kepada sebuah unit khas bagi memastikan tahap keselamatannya terjamin. Bukan itu sahaja, maklumat-maklumat di alam siber juga dijamin keselamatannya daripada penggodam," jelas beliau..
Mengulas tentang majlis penyampaian sumbangan kepada anggota cedera, Zulkifeli memberitahu, sebanyak 65 orang menerima sumbangan berjumlah RM500 setiap seorang.
"Sumbangan ini sebagai tanda ingatan ATM dan kerajaan atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh anggota-anggota ini supaya kedaulatan negara terpelihara," ujar beliau. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment