Oleh ZAAIN ZIN
SERIAN, ISNIN, 04 November, 2013: Kadar gaji minimum RM900 di Semenanjung dan RM800 sebulan di Sabah, Sarawak serta Labuan yang akan dilaksana sepenuhnya mulai 1 Januari tahun depan akan dikaji semula pada pertengahan tahun depan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, kajian semula tersebut selaras dengan penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum 2012 yang mengkehendaki kadar berkenaan dikaji setiap dua tahun.
Menurut beliau, menerusi kajian semula itu kerajaan akan mengambil kira semua aspek termasuk situasi ekonomi semasa serta impak penguatkuasaan kadar tersebut kepada para majikan terutama syarikat kecil.
"Pelaksanaan gaji minimum sepenuhnya pada Januari 2014 adalah muktamad. Kerajaan telah meluluskan perkara ini dan kita tidak akan mempertimbangkan lagi sebarang penangguhan.
"Lagipun kadar gaji ini akan dikaji semula buat pertama kalinya sekitar Mei atau Jun tahun depan. Sekarang laksanakan sepenuhnya perkara ini dulu dan kita tengok bagaimana hasilnya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Mesra Pemimpin Bersama Masyarakat Serian di Kampung Krusen Mawang, dekat sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), K. Selvarajah.
Dalam perkembangan lain, Richard berkata, bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, statistik Perkeso menunjukkan sebanyak 47,657 kes kemalangan di tempat kerja direkodkan di seluruh negara membabitkan jumlah pampasan lebih RM1.58 bilion.
Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 696 kes kemalangan maut membabitkan bayaran faedah lebih RM162 juta berbanding 767 kes dengan bayaran faedah sebanyak RM161 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
"Di Sarawak, setakat lapan bulan pertama tahun ini, sebanyak 2,756 kes kemalangan di tempat kerja dilaporkan dengan 54 daripadanya adalah kemalangan maut," katanya. - UTUSAN
* RICHARD Riot (dua dari kanan) menyerahkan kerusi roda kepada Joseline Anak Nyodem sambil diperhatikan K. Selvarajah (kanan) dalam majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Krusen Mawang, Serian, Sarawak, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN |
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, kajian semula tersebut selaras dengan penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum 2012 yang mengkehendaki kadar berkenaan dikaji setiap dua tahun.
Menurut beliau, menerusi kajian semula itu kerajaan akan mengambil kira semua aspek termasuk situasi ekonomi semasa serta impak penguatkuasaan kadar tersebut kepada para majikan terutama syarikat kecil.
"Pelaksanaan gaji minimum sepenuhnya pada Januari 2014 adalah muktamad. Kerajaan telah meluluskan perkara ini dan kita tidak akan mempertimbangkan lagi sebarang penangguhan.
"Lagipun kadar gaji ini akan dikaji semula buat pertama kalinya sekitar Mei atau Jun tahun depan. Sekarang laksanakan sepenuhnya perkara ini dulu dan kita tengok bagaimana hasilnya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Mesra Pemimpin Bersama Masyarakat Serian di Kampung Krusen Mawang, dekat sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), K. Selvarajah.
Dalam perkembangan lain, Richard berkata, bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, statistik Perkeso menunjukkan sebanyak 47,657 kes kemalangan di tempat kerja direkodkan di seluruh negara membabitkan jumlah pampasan lebih RM1.58 bilion.
Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 696 kes kemalangan maut membabitkan bayaran faedah lebih RM162 juta berbanding 767 kes dengan bayaran faedah sebanyak RM161 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
"Di Sarawak, setakat lapan bulan pertama tahun ini, sebanyak 2,756 kes kemalangan di tempat kerja dilaporkan dengan 54 daripadanya adalah kemalangan maut," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment