Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, AHAD, 03 November, 2013: Pembangkang perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan mesti menarik balik serta mengakui bahawa tuduhan mereka kononnya terdapat 40,000 pengundi warga Bangladesh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu, adalah suatu fitnah yang dirancang.
Menurut pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), meskipun PRU-13 telah lima bulan berlalu, tetapi dosa pembangkang kepada Malaysia dan seluruh rakyat akibat perbuatan fitnah terbesar dalam sejarah demokrasi negara itu belum terpadam.
Pada masa sama, NGO terbabit juga mendesak supaya tindakan tegas khususnya dalam bentuk pendakwaan dibuat segera ke atas pihak terlibat mencipta dan menjaja fitnah tersebut, kerana jika dibiarkan tanpa hukuman, dibimbangi akan memberi mesej yang salah kepada rakyat.
Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, perbuatan 'lepas tangan' pembangkang dalam isu tersebut sangat tidak bertamadun dan memalukan rakyat Malaysia kerana fitnah berkenaan telah beberapa kali diakui tidak benar oleh pemimpin mereka.
"Tapi mengapa sehingga sekarang pembangkang enggan memohon maaf secara terbuka? Fitnah ini jelas sekali menunjukkan pembangkang menganggap rakyat negara ini bodoh dan mudah ditipu. Ini satu malapetaka paling hodoh dalam demokrasi negara akibat kegilaan pembangkang.
"Malah hari ini, jurucakap pembangkang, Datuk S. Ambiga (bekas Presiden Majlis Peguam) pula cuba meletakkan kesalahan mereka itu kepada kerajaan. Fitnah ini siapa yang cipta? Apakah Ambiga sekarang sudah menjadi seorang pelupa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mingguan Malaysia hari ini menerusi ruangan pojok Awang Selamat mempersoalkan status siasatan ke atas laporan polis yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 16 Mei lalu berhubung fitnah itu, kerana sehingga sekarang belum ada tangkapan atau dakwaan dibuat.
Keresahan Awang Selamat itu nyata berasas kerana Ambiga dalam kenyataan terbaharu yang disiarkan portal propembangkang, Malaysiakini, bertindak menyalahkan kerajaan di sebalik fitnah mereka apabila menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sengaja mencipta helah.
Mengulas isu yang sama, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, fitnah pembangkang kononnya Barisan Nasional (BN) 'import' pengundi Bangladesh adalah pembohongan paling jijik pernah berlaku.
Katanya, belum pernah ada parti pembangkang di dunia ini yang sanggup membuat fitnah sedemikian semata-mata demi meraih kemenangan dalam pilihan raya dan menutup kelemahan mereka sendiri sebagaimana dilakukan pakatan pembangkang di Malaysia.
"Pihak berkuasa perlu bertindak tegas. Jangan dibiarkan fitnah ini kerana saya percaya jika tidak dihukum, tidak mustahil fitnah yang jauh lebih hebat akan dilakukan pada masa depan. Malah saya percaya fitnah tersebut sudah pun dirancang pembangkang dari sekarang.
"Sebab itu kita tengok pemimpin pembangkang termasuk Ambiga sentiasa ringan mulut membuat fitnah. Ambiga ini tiada locus standi (kelayakan) bercakap soal fitnah pengundi warga Bangladesh. Mengapa beliau tidak mempersoal tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini," soalnya.
Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, pembangkang silap jika mereka berpendapat rakyat negara ini bodoh, mudah ditipu atau senang melupakan segala fitnah yang dilemparkan dan kemudian mengambil sikap lepas tangan.
Jelasnya, majoriti rakyat Malaysia akan bangkit melawan agar pembangkang bertanggungjawab dengan perbuatan mereka serta berterusan mendesak pihak berkuasa supaya tampil berani mengambil tindakan dan menghukum pihak terbabit dalam fitnah berkenaan.
"Kepada Ambiga pula saya ucapkan tahniah kerana nampaknya beliau cepat memperoleh ilmu daripada Anwar sejak bekerjasama dengan Ketua Pembangkang itu yang sentiasa menafikan kesilapan sendiri dengan meletakkan kesalahan tersebut ke atas bahu UMNO dan BN," ujarnya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment