Zamil Ibrahim |
KUALA LUMPUR, SABTU, 02 November, 2013: Pengerusi DAP, Karpal Singh perlu menasihatkan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng agar memastikan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dipilih semula baru-baru ini diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, oleh itu, Karpal juga perlu menasihatkan Guan Eng segera menghantar segera laporan pemilihan semula itu dan pelantikan CEC kepada ROS untuk disahkan.
Berikut adalah kenyataan penuh Zamil:
1. Karpal perlu menasihatkan Guan Eng bahawa Jawatankuasa CEC harus mendapat pengiktirafan daripada ROS terlebih dahulu selepas pemilihan semula dijalankan.
Ini adalah mengikut Akta Pertubuhan 1966 iaitu parti politik diarahkan oleh ROS untuk membuat pemilihan semula bagi melantik anggota jawatankuasa parti apabila dianggap tidak sah oleh ROS sebelum itu.
2. Karpal juga perlu nasihatkan Guan Eng supaya jangan melengah-lengahkan menghantar laporan lengkap pemilihan semula dan pelantikan jawatankuasa baharu CEC kepada pihak ROS.
Laporan itu amat penting untuk ROS membuat penilaian sebelum memberi pengiktirafan dan mengesahkan kesahihan CEC baharu. Ini soal undang-undang pertubuhan yang semua pihak perlu akur.
3. Jika Karpal gagal atau takut untuk memberi nasihat kepada Guan Eng, maka ternyata dakwaan aktivis MIC, Datuk R. Ramanan bahawa Karpal dianggap oleh beberapa pihak sebagai 'The Clown of Jelutong' atau 'Badut Jelutong' adalah benar. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment