My Add

Saturday, 2 November 2013

Mukhriz cabar Kit Siang kibar bendera roket di Sungai Limau

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

JERAI, SABTU, 02 November, 2013: Penasihat DAP, Lim Kit Siang dicabar untuk mengibarkan bendera parti itu di tengah-tengah sawah dalam DUN Sungai Limau untuk melihat sejauh mana pengaruh parti itu dalam kalangan orang Melayu di negeri Kedah.

Cabaran itu dibuat oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir apabila Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam ceramahnya pagi tadi berkata, Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau dilihat sebagai ujian untuk menilai pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

"Ayah saya ni dah bersara 10 tahun, tetapi Lim senior itu sampai ke hari ini masih ada lagi.

"Lepas itu dia kata bapa saya pula yang mempunyai pengaruh, yang dia ini sampai ke hari ini masih lagi Ahli Parlimen menimbulkan dan melontarkan macam-macam dakyah yang macam-macam .

"Jadi saya ingat tak perlu kita layanlah, saya tak nampak pula bendera DAP di tengah-tengah bendang.

“Boleh dia orang pasang tengok reaksi orang Melayu di sini yang tahu kerenah DAP yang begitu anti-Islam dan anti-Melayu," kata Mukhriz.

Mukhriz ditemui dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bayaran Elaun Sara Hidup Secara Tunai kepada 393 orang nelayan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment