Oleh OPAT RATTANACHOT
* ZAHID Hamidi menandatangani plak perasmian Tapak Pusat Khidmat Komuniti Rela Dulang Besar di Yan, Kedah, semalam. Turut hadir Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. |
Beliau berkata, amaran tersebut dikeluarkan berikutan wujudnya perbuatan tidak bertanggungjawab menggantung objek berbentuk kaki yang dipercayai mengaitkan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di kawasan tumpuan orang ramai.
"Sungai Limau ini merupakan kawasan yang tenang dan kempen berlangsung dalam keadaan baik. Namun, kita mengesan taktik-taktik kotor dimainkan menjelang saat-saat akhir berkempen dan ini sudah tentu tidak baik.
"Justeru, saya ingin berikan amaran agar kedua-dua pihak tidak lakukan provokasi. Polis akan bertindak tegas menyiasat kejadian ini dan kita berikan jaminan akan menangkap mereka yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Khidmat Komuniti Ikatan Sukarelawan Rakyat (Rela) Dulang Besar, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Ketua Pengarah Rela, Datuk Mustafa Ibrahim dan calon BN bagi PRK Sungai Limau, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim.
Ahmad Zahid berkata, buat masa ini polis telah menerima satu laporan polis berhubung insiden gantung objek kaki terbabit.
"Laporan polis dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku Pengerusi BN Bahagian Jerai dan pihak polis telah membuka fail siasatan," katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pihaknya sudah biasa dengan pelbagai strategi termasuk provokasi yang dicetuskan pembangkang dalam pilihan raya.
"Namun begitu, UMNO dan BN tidak ada taktik kotor jauh lagi menghina parti lawan. Walaupun dinamakan taktik politik namun, ia tidak haruslah menggunakan taktik memburuk-buruk jauh lagi mengaibkan lawan," jelasnya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment