*WAKIL dari parti Pas, Mohd. Azam Abdul Samat mengangkat tangan apabila diumumkan secara rasmi oleh SPR memenangi DUN Sungai Limau di Sekolah Menengah Agama Yan, Kedah, semalam. |
Calon Pas, Mohd. Azam Abdul Samat, 37, memperoleh majoriti 1,084 undi selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, 52.
Mohd. Azam mendapat 12,069 undi manakala Ahmad Sohaimi (10,985 undi).
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman pada pukul 9 malam di Dewan Luqman Al-Hakim Sekolah Menengah Agama Yan di sini.
Menerusi kemenangan itu, kedudukan kerusi DUN Kedah kekal seperti sebelum ini iaitu Pas dengan sembilan kerusi DUN sementara BN kekal 21 kerusi.
Lebih 80 peratus daripada 27,222 pengundi di kawasan ini keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Yang hadir meraikan kemenangan itu ialah Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut daripada Pas, yang juga bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat komplikasi jantung dan kencing manis pada 26 September lepas.
Azizan menguasai kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-9, diikuti PRU-10, PRU-11, PRU-12 dan PRU-13, Mei lalu.
Dalam PRU-13 lalu, bekas Menteri Besar itu memperoleh majoriti 2,774 undi setelah meraih 13,294 undi manakala calon BN, Mohd. Fazillah Mohd. Ali (10,520 undi). - UTUSAN
No comments:
Post a Comment