Zainu'l Azhar Ash'ari
LONDON, ISNIN, 04 November, 2013: Perlis merancang pelbagai strategi untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri berkenaan termasuk berusaha menaik taraf produk pelancongan yang berpotensi supaya kekal menjadi daya tarikan pada masa hadapan.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, usaha menaik taraf kawasan pelancongan di Perlis bukan sahaja mampu menarik sasaran baharu, malah mengekalkan pelancong sedia ada.
"Antaranya kawasan sekitar Sungai Batu Pahat, Gua Kelam termasuk 'Secret Garden', Taman Negeri Perlis dan Bandar Pelancongan Wang Kelian.
"Selain itu, produk baharu seperti Koridor Agro Pelancongan, resort kesihatan, pusat rekreasi memancing dan juga pesisiran Sungai Perlis perlu diperkenalkan untuk meningkatkan industri pelancongan di negeri ini," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian ketika melancarkan Kempen Promosi Masakan Perlis yang diadakan di Restoran Rasa Sayang, milik usahawan dari Ipoh, Teddy Chan di Macclesfield Street, China Town di sini malam semalam.
Yang berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Yang turut hadir Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Pengerusi Galeri Seni dan Visual Negara Malaysia, Datuk Mahadzir Lokman.
Promosi masakan Perlis itu dianjurkan bersama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP), Allianze University College of Medical Science (AUCMS) dan Pejabat Tourism Malaysia Perlis dan diadakan kali ketiga di sini selepas 2011 dan 2012.
Pada tahun 2011, promosi yang sama diadakan di Kafe Bonda manakala pada 2012 pula di Restoran Tuk Din, kedua-keduanya di London.
Menurut Raja Muda Perlis, projek strategik seperti Kompleks Pelancongan di Kuala Perlis yang lebih komprehensif dan mesra pengguna perlu diadakan kerana mampu melonjak imej kawasan tersebut lokasi sebagai pintu masuk ke Pulau Langkawi.
Di samping itu, pihak berkenaan perlu mengekalkan pelancong ke negeri ini atau sekadar singgah sebelum ke Langkawi atau Thailand supaya tinggal lebih lama di Perlis.
"Begitu juga dengan aktiviti promosi perlu dilipatgandakan bagi memperkenalkan segala biodiversiti unik yang sedia ada di negeri ini seperti bukit batu kapur, tasik buatan manusia dan juga buah-buahan, khususnya mempelam harumanis," titah baginda. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment