My Add

Monday, 4 November 2013

Polis Marin Sabah rampas rokok seludup RM2.5 juta

KOTA KINABALU, ISNIN, 04 November, 2013: Polis Marin Sabah merampas lebih 120,000 bungkus rokok seludup bernilai RM2.5 juta selepas menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan di Kampung Kitobu, Inanam, dua hari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, rampasan rokok jenis EKA Merah dan Hijau itu merupakan rampasan terbesar pasukan berkenaan tahun ini.

"Dalam serbuan 4 pagi itu tidak ada sesiapa di premis berkenaan," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati penyeludup mengumpul rokok-rokok yang dibekalkan oleh beberapa individu di stor penyimpanan sebelum mengedarkannya kepada pelanggan.

"Dipercayai bahawa rokok jenis ini (EKA) akan menggantikan rokok jenis ERA yang berada di pasaran ketika ini," katanya. -BERNAMA 

No comments:

Post a Comment