Program KAFA diperluas ambil lebih ramai murid
KUBANG PASU, SABTU, 9 November, 2013: Kerajaan akan meningkatkan jumlah penyertaan kanak-kanak beragama Islam terutama di sekolah rendah untuk mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan menyedari masih ramai dalam kalangan mereka belum berpeluang mengikuti kelas berkenaan dan sedang berusaha memperluaskannya dengan menyediakan prasarana serta tenaga pengajar mencukupi.
Beliau berkata, sehingga kini jumlah yang mengikuti kelas KAFA di seluruh negara ialah 937,808 orang atau 56 peratus daripada kalangan pelajar Islam di sekolah rendah, melibatkan 5,870 premis.
''Perkembangan terkini KAFA menunjukkan angka memberangsangkan dengan jumlah gurunya mencecah 32,618 orang dan 340 penyelia," katanya dalam majlis perasmian Ihtifal KAFA peringkat kebangsaan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.
Menurut beliau, tidak dapat dinafikan terdapat ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah Islam persendirian dan menerusi jemputan tenaga pengajar dibayar untuk mendapat ilmu pendidikan Islam tambahan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment