Oleh MD. AZRIN ROSLY
KUALA LUMPUR, SABTU, 02 November, 2013: Kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah secara drastik kerana bakal memberi kesan negatif untuk jangka masa panjang, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Sebaliknya, menurut beliau, kerajaan akan mengekang spekulasi harga dengan memperketatkan pinjaman bank, menaikkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) dan menawarkan lebih banyak rumah mampu milik.
Selain itu, katanya, beberapa tanah kerajaan akan diserahkan kepada Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) untuk dibina lebih banyak rumah supaya rakyat bakal memiliki kediaman mampu milik dan selesa.
"Orang ramai perlu sedar bahawa harga rumah terutama di Kuala Lumpur tidak boleh dikawal kerana banyak kos terlibat terutamanya harga tanah yang mahal dan penghijrahan masyarakat luar bandar yang tinggi di lokasi tersebut.
"Sekiranya kita membuat kawalan terus, pemaju tidak akan berminat membina rumah lagi, sehubungan itu, kerajaan akan mengekang spekulasi harga dengan pelbagai inisiatif," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya mewujudkan mekanisme bagi mengawal harga rumah yang melambung tinggi ekoran tindakan sindiket profesional membabitkan spekulator dan pemaju.
Tindakan itu bagi mengelak rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana terus gagal memiliki rumah sendiri.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad mendedahkan bahawa kenaikan harga rumah hingga ke tahap tidak masuk akal, khususnya di Lembah Klang yang dipercayai didalangi sindiket profesional.
Menurut Wan Khairil Anuar, sindiket itu membabitkan kumpulan spekulator dan syarikat perumahan sendiri yang mengaut keuntungan atas angin melalui jualan unit yang telah ditempah lebih awal kepada pembeli baharu dengan harga lebih tinggi.
Tambah Abdul Rahman, Perdana Menteri juga telah mengarahkan beberapa kementerian dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk melepaskan tanah strategik bagi pembinaan kediaman mampu milik.
"Kementerian saya juga telah melepaskan beberapa tanah tapak bomba untuk membina lebih banyak rumah.
"Kita yakin komitmen kerajaan terhadap janji untuk membina sebanyak satu juta rumah mampu milik dalam masa lima tahun akan datang bakal tercapai," jelasnya. - UTUSAN
* ABDUL Rahman Dahlan (duduk, tengah) mendengar rintihan dan masalah pegawai keselamatan sekolah sekitar Sungai Limau dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Pegawai Keselamatan Sekolah di RTC Simpang Tiga, Padang Lumat, Yan, Kedah, semalam. |
Sebaliknya, menurut beliau, kerajaan akan mengekang spekulasi harga dengan memperketatkan pinjaman bank, menaikkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) dan menawarkan lebih banyak rumah mampu milik.
Selain itu, katanya, beberapa tanah kerajaan akan diserahkan kepada Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) untuk dibina lebih banyak rumah supaya rakyat bakal memiliki kediaman mampu milik dan selesa.
"Orang ramai perlu sedar bahawa harga rumah terutama di Kuala Lumpur tidak boleh dikawal kerana banyak kos terlibat terutamanya harga tanah yang mahal dan penghijrahan masyarakat luar bandar yang tinggi di lokasi tersebut.
"Sekiranya kita membuat kawalan terus, pemaju tidak akan berminat membina rumah lagi, sehubungan itu, kerajaan akan mengekang spekulasi harga dengan pelbagai inisiatif," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya mewujudkan mekanisme bagi mengawal harga rumah yang melambung tinggi ekoran tindakan sindiket profesional membabitkan spekulator dan pemaju.
Tindakan itu bagi mengelak rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana terus gagal memiliki rumah sendiri.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad mendedahkan bahawa kenaikan harga rumah hingga ke tahap tidak masuk akal, khususnya di Lembah Klang yang dipercayai didalangi sindiket profesional.
Menurut Wan Khairil Anuar, sindiket itu membabitkan kumpulan spekulator dan syarikat perumahan sendiri yang mengaut keuntungan atas angin melalui jualan unit yang telah ditempah lebih awal kepada pembeli baharu dengan harga lebih tinggi.
Tambah Abdul Rahman, Perdana Menteri juga telah mengarahkan beberapa kementerian dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk melepaskan tanah strategik bagi pembinaan kediaman mampu milik.
"Kementerian saya juga telah melepaskan beberapa tanah tapak bomba untuk membina lebih banyak rumah.
"Kita yakin komitmen kerajaan terhadap janji untuk membina sebanyak satu juta rumah mampu milik dalam masa lima tahun akan datang bakal tercapai," jelasnya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment