Oleh FADZIL ZAINOL
Timbalan Pengarah 1, Bahagian Pembiayaan Perniagaan Mara, Ramli Deraman berkata, kadar pembiayaan menerusi semua skim yang disediakan oleh agensi itu telah mengatasi pemberian pada tahun lalu.
Katanya lagi, meskipun Mara telah mensyaratkan permohonan pinjaman di bawah RM50,000 perlu menyediakan cagaran atau penjamin, didapati kadar permohonan tidak berkurangan.
Sejak 2009, kami tidak lagi mendapat peruntukkan daripada kerajaan.
Oleh itu, kadar pembiayaan yang dikeluarkan adalah bergantung kepada bayaran balik oleh peminjam terdahulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum itu, beliau merupakan salah seorang ahli panel di dalam Forum Integriti dan Etika Perniagaan yang diadakan.
Ahli panel yang lain ialah Pengarah dan Naib Presiden Institut Etika Perniagaan Malaysia (BEIM), Datin Aminah Pit Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd. Arif Ab Rahman.
Forum itu dihadiri hampir 300 peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari seluruh negara.
Sementara itu, Ramli berkata, syarat permohonan yang mewajibkan pemohon menyediakan cagaran atau penjamin, merupakan usaha pihaknya memastikan peminjam lebih bertanggungjawab untuk melangsaikan pinjaman mereka supaya Mara dapat menyediakan dana kepada peminjam lain. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment