My Add

Sunday, 3 November 2013

BN nafi gantung patung kudung kaki

 
JERAI, SABTU, 02 November, 2013: Barisan Nasional (BN) menafikan parti itu menggantung patung yang dipotong kakinya di kawasan Titi Batu dan Bukit Besar di sini hari ini.

Patung berwarna kelabu yang dipotong separuh kaki sehingga paras betis dan tertulis perkataan 'Ini kaki Ustaz Azizan' digantung di atas wayar elektrik berhampiran bilik gerakan BN di kawasan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, satu laporan polis berhubung kejadian tersebut telah dibuat hari ini dan pihaknya meminta semua petugas parti berhati-hati sepanjang tempoh 48 jam yang masih tinggal untuk berkempen.

"Saya amat kesal dengan kejadian ini kerana ia satu provokasi melampau yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mungkin dilakukan oleh pakatan pembangkang pada saat-saat akhir berkempen ini.

"Perkara ini sangat tidak wajar dan saya menafikan penglibatan BN dalam hal ini, kami masih ada etika dan tidak sampai ke tahap melakukan perkara sebegitu," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan BN di sini hari ini.

Menurut beliau, sehingga kini pihaknya masih menyiasat siapa yang bertanggungjawab di sebalik kejadian tersebut dan menolak tanggapan awal bahawa perkara itu dilakukan oleh ahli UMNO untuk mensabotaj parti itu.

"Secara logiknya kenapa kita nak gantung patung tersebut berhampiran bilik gerakan BN.

"Semua ahli parti menyokong calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim.

"Saya tidak mahu menuduh sesiapa tetapi perkara ini sangat jijik dan tak wajar dilakukan walaupun kita sedang giat meraih sokongan pengundi di Sungai Limau," ujarnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment