My Add

Sunday, 3 November 2013

Hanya satu jawatan Exco untuk MCA- Mukhriz

JERLUN, SABTU, 02 November, 2013: Kerajaan negeri Kedah memperuntukkan hanya satu jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kepada MCA seperti kuota yang ditetapkan sebelum ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan, jawatan tersebut akan diisi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Dr. Leong Yong Kong yang akan mengangkat sumpah jawatan itu sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 18 November ini.

"Sebenarnya kekosongan untuk tujuan pelantikan wakil rakyat MCA cuma satu, dari dahulu kita simpan untuk wakil rakyat daripada MCA dan ini yang mahu kita isi sekarang," katanya kepada pemberita selepas menutup program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Parlimen Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa Ayer Hitam di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dalam sebuah portal berita bahasa Inggeris semalam bahawa MCA akan melobi untuk mendapatkan kuota tambahan jawatan Exco di Kedah berbanding satu yang diputuskan Menteri Besar itu sebelum ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment