Oleh ZAAIN ZIN
BINTULU, JUMAAT, 01 November, 2013: Dua maut dipercayai akibat terhidu asap tebal selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah tumpangan tiga tingkat di Jalan Sri Dagang di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi, kedua-dua mangsa masing-masing seorang lelaki dan wanita ditemui di bilik berasingan di tingkat tiga bangunan itu.
Mangsa wanita dikenali sebagai Affon Sivis, lingkungan 30-an, seorang warga Indonesia ditemui di tepi bilik air dalam keadaan terlentang dengan kesan terbakar di rambut dan kepala.
Mangsa lelaki yang belum dikenal pasti identitinya namun dipercayai warga tempatan dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik dengan kira-kira 15 peratus kesan melecur di muka dan kepala.
Menurut Ketua Polis Daerah, Supritendan Madang Usat, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat.
"Identiti lelaki berkenaan belum dapat disahkan kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri namun berdasarkan kesan suntikan BCG pada lengannya, kita percaya mangsa warga tempatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di Hata Gobil berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam kira-kira pukul 5.26 pagi sebelum sebuah jentera dihantar ke lokasi bersama 11 anggota.
"Kami berjaya menyelamatkan empat lagi penghuni yang terperangkap di tingkat sama. Kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan.
"Api marak dengan cepat dan memusnahkan sebahagian besar struktur di dalam bangunan tersebut yang diperbuat daripada kayu," katanya sambil menambah, punca kejadian dan nilai kerugian masih disiasat. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment