Ramai tidak pulang mengundi
JERAI, ISNIN, 04 November, 2013: Pas mendakwa kemerosotan majoriti undi parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kerana tidak ramai pengundi luar kawasan pulang mengundi hari ini.
Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini disebabkan PRK itu diadakan pada hari bekerja.
Selain itu, dakwanya, calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat merupakan calon kali pertama bertanding mewakili parti itu pada PRK kali ini.
"Atas perkiraan itu, oleh kerana Ustaz Aam sebagai calon kali pertama yang belum ada pengenalan meluas, maka sebelum ini kami meletakkan kemenangan tidak kurang 500 undi," katanya kepada pemberita di sini malam ini.
Dalam pada itu, Mohd. Azam berjanji untuk menunaikan tanggungjawab kepada penduduk setelah dipilih menjadi wakil rakyat bagi kerusi berkenaan.
Menurutnya, kemenangan yang diraih itu adalah atas kepercayaan pengundi kepadanya dan parti yang diwakilinya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment