SDH sedia jalin kerjasama dengan hospital kanak-kanak di London - Noorainee
LONDON, SABTU, 09 November, 20`13: Projek Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan dimantapkan lagi dengan wujudnya perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dari pelbagai aspek serta metodologi dengan hospital kanak-kanak yang ternama di sini.
Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang juga Penaung Projek Hati Nurani berkata pemantapan dari segi amalan terbaik amat penting dalam mengenal pasti dan menentukan perubahan yang diperlukan bagi memperbaiki serta memantapkan lagi pelaksanaan program-program projek SDH di Malaysia.
Setiap perkongsian pengalaman dan maklumat akan memberikan perspektif baharu dalam mengenal pasti keperluan dan masalah sebenar seterusnya membolehkan kami menyelesaikan sesuatu isu yang timbul dengan lebih baik," katanya selepas mengadakan lawatan di hospital kanak-kanak the Great Ormond Street Hospital.
Ormond Childrens Street Hospital merupakan sebuah hospital pediatrik ternama yang telah memulakan Projek Sekolah Dalam Hospital sejak 1951.
Noorainee berkata perkongsian itu bukan sekadar pengumpulan data, sebaliknya membolehkan kedua-dua pihak mengakses maklumat melalui satu jaringan kerjasama berteraskan perkongsian maklumat.
Lawatan ke hospital ini bertujuan membantu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan mencari metodologi yang sesuai bagi pelbagai program SDH sebagaimana yang dijalankan di negara-negara maju lain," katanya.
Noorainee berkata SDH di London telah memulakan program jaringan dengan sekolah asal yang merupakan komponen penting dalam memastikan adanya komunikasi berterusan di antara murid-murid dan guru-guru di sekolah asal dan SDH.
Program jaringan begini adalah penting untuk memastikan murid-murid dapat merasa kehidupan yang normal apabila mereka pulang ke sekolah asal mereka," katanya.
Beliau berkata dengan adanya rekod dan data yang lengkap mengenai tahap pembelajaran pelajar di SDH, guru-guru di sekolah asal mereka dapat menentukan tahap pembelajaran setiap murid agar mereka tidak ketinggalan.
SDH menitikberatkan penyediakan persekitaran yang kondusif serta bantuan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan setiap pelajar yang sedang menjalani rawatan di hospital," katanya.
Noorainee berkata sehingga kini, terdapat lapan SDH di Malaysia dan dua lagi SDH dijangka dibuka bulan ini.
Kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada pihak korporat dalam memberi bantuan dari segi kewangan agar kami dapat terus memastikan program SDH berjalan lancar," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment