Oleh ZULHISHAM ISAHAK
MUAR, ISNIN, 04 November, 2013: Sepasang suami isteri maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan termasuk bas persiaran di Kilometer 25, Jalan Muar-Batu Pahat, Parit Belukang, Sungai Balang dekat sini malam tadi.
Dalam nahas kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa ialah Tan Chai Soon, 55, bekas pengurus sebuah jirat Cina di Batu Pahat dan isterinya, How Siew Boon, 54.
Kedua-duanya yang merupakan pemandu dan penumpang kereta Proton Persona mati di tempat kejadian.
Mereka yang cedera ialah penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena, Hanizah Misran, 44, yang patah tangan kiri serta pemandu bas berusia 46 tahun dan dua penumpang wanita berusia 23 dan 44 tahun.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kejadian berlaku apabila Proton Persona yang datang dari arah Muar menghala ke Batu Pahat itu memasuki laluan bertentangan di lokasi kejadian.
Katanya, kereta itu kemudian bertembung dengan Nissan Serena yang menghala ke arah Muar dan sebuah bas persiaran di belakangnya.
"Akibat perlanggaran kuat sebanyak dua kali, kereta tersebut remuk teruk di bahagian hadapan dan Siew Boon tercampak keluar daripada kereta tersebut manakala Chai Soon tersepit di tempat duduk pemandu.
"MPV yang dinaiki tujuh sekeluarga itu pula terbabas ke kanan jalan lalu melanggar tiang lampu. Bas berkenaan yang membawa 28 penumpang itu pula terbabas ke kiri jalan dan memasuki kawasan kebun sawit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Difahamkan, ketika kejadian Siew Boon dan Chai Soon dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Puteri, Bandar Penggaram, Batu Pahat selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan kepada seorang anak mereka di bandar ini.
Pasangan suami isteri yang menaiki Nissan Serena itu pula dikatakan dalam perjalanan untuk menghantar seorang anaknya pulang ke sebuah sekolah di bandar ini.
Azman berkata, kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
"Kedua-dua mangsa dibawa ke rumah mayat HPSF untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujar beliau.
Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba 2, Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Rahman Taib berkata, lapan anggota bersama sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa.
"Kita mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa tersepit yang sudah meninggal dunia dan operasi itu selesai pukul 10.24 malam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - UTUSAN
* KEADAAN kereta Proton Pesona yang terbabit dalam kemalangan maut melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 25 Jalan Muar-Batu Pahat dekat Sungai Balang, Muar, Johor, malam semalam. |

No comments:
Post a Comment