My Add

Tuesday, 5 November 2013

TPM hadiri Persidangan Agung UNESCO

oleh Nor Aziah Jaafar

 * MUHYIDDIN Yassin diiringi Ismail Omar (kanan) bersalam dengan hadirin yang menyambut ketibaan beliau di hotel penginapan di Paris, Perancis semalam. Turut sama, Noorainee Abdul Rahman. - BERNAMA
PARIS, ISNIN, 04 November, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk menghadiri Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Ke-37 bermula esok hingga 9 November ini.

Beliau yang ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di Lapangan Terbang Charles De Gaulle kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan.

Ketibaan beliau disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Perancis, Tan Sri Ismail Omar dan isteri, Puan Sri Suriati Md. Sobri serta pegawai-pegawai kedutaan serta agensi-agensi kerajaan di sini sebelum mengadakan mesyuarat dengan mereka.

Pada malam ini, beliau akan menghadiri jamuan makan yang dihoskan oleh Ismail di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia di sini.

Timbalan Perdana Menteri akan menghadiri majlis pembukaan Persdiangan Agung UNESCO Ke-37 esok yang akan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova.

Muhyiddin dijadual menyampaikan ucapan selama tiga minit dalam Leaders Forum, Rabu ini serta kenyataan nasional bagi Malaysia selama enam minit pada Khamis ini serta merasmikan Pameran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 anjuran Kementerian Pendidikan pada Jumaat.

Malaysia adalah antara 195 negara anggota UNESCO selain lapan anggota bersekutu dan persidangan kali ini adalah bagi menentukan hala tuju UNESCO bagi dua tahun akan datang. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment