TPM tiba di Paris hadiri Persidangan Agung UNESCO
Daripada AZIAH JAAFAR
PARIS, ISNIN, 04 November, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini pagi ini untuk menghadiri Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) ke-37 bermula esok hingga 9 November ini.
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles De Gaulle diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan, disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Perancis, Tan Sri Ismail Omar, dan pegawai-pegawai kedutaan serta agensi kerajaan di sini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment