Oleh AZRUL NAIMI
* AHMAD Sarji Abdul Hamid mengumumkan pemenang Anugerah Sains Mahathir 2013 pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Profesor Alan Cowman dari Institut Penyelidikan Perubatan Walter dan Eliza Hall Australia dipilih sebagai penerima Anugerah Sains Mahathir bagi mengiktiraf hasil penyelidikannya mengenai malaria. - BERNAMA |
Profesor Alan Cowman dari Institut Penyelidikan Perubatan Walter dan Eliza Hall dipilih berdasarkan penyelidikannya dalam perubatan penyakit malaria.
"Panel pemilihan yang bersidang telah memilih Profesor Cowman atas sumbangan beliau dalam usaha untuk menghapuskan penyakit yang setakat ini telah membunuh jutaan manusia di benua Afrika dan Asia," kata Pengerusi Yayasan Sains Mahathir, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Pemenang anugerah ini dipilih oleh satu panel bebas yang terdiri daripada para ilmuwan termasuk pemenang Hadiah Nobel dan saintis terkenal dunia.
Menurut Ahmad Sarji lagi, pada tahun ini yayasan tersebut telah menerima sebanyak 29 pencalonan daripada 11 buah negara antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom, Sri Lanka dan Mesir.
"Pencalonan terbanyak daripada Malaysia dengan 12 penyertaan", katanya.
Anugerah Sains Mahathir merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada ilmuwan yang cemerlang dalam penyelidikan sains tropika dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat di negara beriklim tropika secara khusus dan dunia secara amnya. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment