Oleh SAYED HESHAM IDRIS
* ACP Jaafar Baba (kiri) bersama pegawai penyiasat, Ahmad Hisyam menunjukkan gambar mangsa, seorang wanita yang mati ditikam di Apartmen Taman Bukit Permata, Manjung kelmarin dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Polis Manjung, Perak, semalam. |
Anggota berusia 27 tahun itu dipercayai teman lelaki kepada wanita berkenaan, Nariza Mustapha, 32.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
"Lelaki itu ditahan selepas dia menghantar mangsa ke Hospital Seri Manjung semalam. Dia ditahan reman selama tujuh hari sehingga 7 November ini bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Jaafar berkata, kejadian dipercayai berlaku pagi semalam selepas mangsa ditemui terbaring di kediamannya di apartmen berkenaan dalam keadaan berlumuran darah oleh lelaki berkenaan.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan serius berikutan luka tikaman.
"Selepas proses pengecaman mayat oleh waris wanita berkenaan, jenazahnya dibawa oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan di Rantau Panjang, Kelantan semalam," katanya.
Menurut beliau, wanita berkenaan mempunyai dua orang anak iaitu seorang lelaki dan perempuan.
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Asisten Supritendan Ahmad Hisyam Mohamad Sani di talian 019-5753207 bagi membantu siasatan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment