My Add

Saturday, 2 November 2013

Harga minyak di Asia naik kerana China

SINGAPURA, JUMAAT, 01 NovEMBER, 2013: Harga minyak di Asia hari ini naik disebabkan kepesatan sektor pembuatan di China pada Oktober 2013.

Harga minyak kontrak West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran untuk Disember naik 12 sen kepada RM305.76 (AS$96.50) manakala harga minyak Brent North Sea untuk Disember naik 36 sen kepada RM346.00 (AS$109.20).

Kenaikan itu menunjukkan bahawa ekonomi kedua terbesar dunia bangkit daripada pertumbuhan yang perlahan sebelum ini.

Menurut Biro Perangkaan Negara (NBS), Indeks Pengurus Pembelian (PMI) China bagi sektor pembuatan meningkat kepada 51.4 peratus pada Oktober, mencecah paras tertinggi dalam 18 bulan sejak Mei 2012.

Biro itu menjelaskan bahawa PMI sektor pembuatan terus naik selama empat bulan berturut-turut yang menunjukkan bahawa aktiviti pembuatan China menyaksikan trend menaik yang kukuh.

Langkah-langkah kerajaan yang dibuat pada tahun ini untuk menstabilkan pertumbuhan dan menyusun semula ekonomi negara telah meningkatkan keyakinan dalam kalangan perusahaan dan dengan itu telah menambah pengeluaran pembuatan. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment