*MAHDZIR Khalid (tengah) diiringi Rozali Ismail (kanan) melihat pam air sistem agihan air di Bernam River Headwork ke wilayah Sabak Bernam selepas merasmikannya di Sungai Panjang, Sabak Bernam, Selangor, semalam. |
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penelitian itu dibuat bagi memastikan syarat-syarat dibentangkan kerajaan negeri dapat diselaraskan dengan syarat-syarat Kerajaan Pusat termasuklah pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).
Setakat ini, katanya, proses rundingan tersebut positif memandangkan kerajaan negeri memberi kerjasama yang baik termasuklah menyatakan kesediaan mereka untuk meneruskan pembinaan Langat 2 sejak projek itu tertangguh sejak 2010.
Menurutnya, dalam rundingan itu, kerajaan negeri dan Pusat mengemukakan syarat masing-masing dan sekarang adalah proses untuk mengasimilasikan perkara tersebut agar dapat diterima kedua-dua pihak.
Bagi Kerajaan Pusat, isu air Selangor yang turut membabitkan Kuala Lumpur dan Putrajaya ini perlu diselesaikan segera secara holistik yang bukan hanya melibatkan Langat 2, tetapi soal rawatan air bersih, pengagihan, kos, perundangan dan pengurusan industri air.
Selain itu, rundingan tersebut yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) itu turut melibatkan syarikat-syarikat konsesi yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek menaik taraf sistem agihan air terawat dari Loji Rawatan Air Bernam River Headworks (BRH) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail.
Projek menaik taraf sistem agihan air yang siap sepenuhnya Mei tahun ini merupakan inisiatif di bawah Program Mitigasi 1 oleh Kerajaan Pusat bagi memastikan agihan bekalan air bersih dapat dilakukan dengan sempurna kepada rakyat, sementara menunggu projek Langat 2.
Projek yang dilengkapi dengan lapan pam serta kolam berkapasiti 4.5 juta liter itu melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM18.5 juta yang mana RM15 juta daripadanya disalurkan dalam bentuk pembiayaan pinjaman kepada Syabas manakala bakinya iaitu RM3.5 juta dibiayai sepenuhnya oleh syarikat konsesi itu sendiri.
Dianggarkan sebanyak 125,000 pengguna akan menerima manfaat daripada projek menaik taraf sistem agihan air itu melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor memandangkan loji itu mampu mengagihkan kapasiti air terawat sebanyak 65 juta liter sehari.
Terdahulu, Mahdzir ketika berucap menyatakan projek menaik taraf sistem agihan air terawat itu merupakan satu langkah sementara menunggu Langat 2 dapat dibina sepenuhnya.
Katanya, setakat ini, terdapat 34 buah loji rawatan air yang membekalkan air bersih kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment