My Add

Friday 30 August 2013

Isa Samad tetap tanding Naib Presiden UMNO

Oleh AMRAN MULUP

ALOR GAJAH, KHAMIS, 29 Ogos, 2013; Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad tidak akan berganjak daripada keputusan awalnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

"Walaupun pada hari pendaftaran nanti berkemungkinan besar hanya saya seorang menawarkan diri bertanding Naib Presiden bersama tiga penyandang, hasrat saya itu tetap akan diteruskan.

"Saya tidak berdepan sebarang masalah apabila menawarkan diri bertanding kerana semua ini ditentukan oleh kebijaksanaan perwakilan nanti,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Warga Felda Tun Ghafar Hutan Perca di dewan orang ramai di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment