My Add

Friday 30 August 2013

Geng 36, 04, 08 paling bahaya

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
 
 *ABDUL Rahim Mohamad Radzi (tengah) bersama Jalil Hasan (kanan) dan Othman Yusof menunjukkan senarai nama pertubuhan kongsi gelap dalam sidang akhbar mengenai Pewartaan Pertubuhan-pertubuhan Kongsi Gelap di Malaysia di Putrajaya, semalam. - BERNAMA
PUTRAJAYA, KHAmis, 29 Ogos, 2013: Tiga pertubuhan kongsi gelap iaitu Geng 36, Geng 04 dan Geng 08 dikesan sebagai kumpulan samseng paling berbahaya daripada 49 kongsi gelap di seluruh negara yang diumumkan kerajaan hari ini.

Kumpulan itu didapati menjalankan pelbagai jenis jenayah berat dan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Geng 36 yang majoriti ahlinya daripada kaum Cina mempunyai 8,512 ahli dan bergerak aktif di sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, Geng 04 dan Geng 08 yang mempunyai jumlah ahli masing-masing 5,240 orang dan 4,423 orang serta dianggotai kaum India pula dikesan aktif melakukan jenayah di sekitar Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka

“Jumlah keseluruhan ahli kongsi gelap yang direkodkan ialah seramai 40,313 orang yang bergerak secara aktif dalam 49 pertubuhan kongsi gelap di seluruh negara dengan menjalankan kegiatan seperti pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment