My Add

Friday 30 August 2013

Othman Hashim KSU baharu Kementerian Luar
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 Ogos, 2013: Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Othman Hashim dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar yang baharu berkuat kuasa 1 September ini.

Pelantikan Othman, 58, ialah bagi menggantikan Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Ogos.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan Othman khususnya dalam hubungan luar negara semasa memegang jawatan berkaitan dalam kementerian itu.

"Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki beliau akan membolehkan beliau menerajui kepimpinan di Kementerian Luar Negeri dalam memastikan kepentingan hubungan luar dan kedaulatan Malaysia sentiasa terpelihara.

"Selain itu, melalui pendekatan diplomasi yang proaktif, saya berkeyakinan penuh beliau akan dapat melaksanakan strategi pemasaran dan penjenamaan Malaysia di luar negara dengan lebih efektif selain dapat menyatakan pandangan Malaysia dalam isu-isu di peringkat antarabangsa dengan jelas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment