*KANAK-KANAK berbilang kaum dari Tadika Q-Dees, Nilai mengenakan pakaian yang dijahit khas menggunakan bendera Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-56 di Seremban, Negeri Sembilan, semalam. - utusan/MD. SHAHJEHAN MAAMIN |
Pengetuanya, Peramjit Kaur (gambar) berkata, sebanyak 43 murid tadika ini cukup bersemangat apabila diminta berpakaian sedemikian, malah ada di antara mereka tidak sabar-sabar melaungkan perkataan keramat, 'merdeka' sebanyak tiga kali.
''Program Hari Merdeka di Q-Dees Nilai itu adalah salah satu cara bagi menyemai semangat cintakan negara, selain menghargai nikmat kemerdekaan yang diperoleh lebih lima dekad lalu.
''Ini merupakan usaha dan inisiatif pihaknya dalam memberikan kesedaran tentang pentingnya menghargai kemerdekaan yang sepatutnya disemai dalam kalangan murid tadika lagi," katanya di Nilai dekat sini hari ini.
Menurutnya, beberapa program turut diadakan hari ini iaitu mewarna, nyanyian, mengibarkan Jalur Gemilang serta lain-lain yang berkaitan dengan tema Hari Kemerdekaan - 'Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku'.
''Baju ini kami jahit menggunakan modal sendiri dan projek menjahit ini telah dimulakan sejak sebulan lalu. Sebanyak 52 helai baju telah disiapkan dan dipakai oleh murid-murid pada hari ini serta akan disimpan untuk tahun depan," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment