My Add

Friday 30 August 2013

Pekerja TNB mahu potong elektrik hampir putus tangan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir putus pergelangan tangan kirinya akibat ditetak dua lelaki ketika hendak memotong bekalan elektrik yang dikatakan disambung secara haram di sebuah rumah setinggan di Bandar Sunway, Subang Jaya, petang ini.

Kejadian berlaku pukul 5 petang ketika mangsa, Muhamad Adni Isa, 42, dan rakan sekerjanya, Mohd. Fuad Ishak datang ke rumah tersebut iaitu di Lot 190, Jalan PJS 7/23 untuk menjalankan tugasnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Tan Ah Chua berkata, dua lelaki tempatan yang mendiami rumah itu bagaimanapun cuba mempersoalkan tindakan mangsa sehingga berlaku pertengkaran.

"Kedua-dua suspek yang tidak berpuas hati kemudian mengambil dua bilah parang lalu menetak tangan kiri mangsa beberapa kali," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ah Chua berkata, akibat tetakan itu, pergelangan tangan kirinya hampir putus.

"Rakan mangsa yang berada di tempat kejadian sempat menyelamatkannya dan dibawa ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan lanjut," katanya.

Ah Chua memberitahu, sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya yang menerima maklumat telah pergi ke lokasi kejadian dan menahan dua lelaki terbabit berusia 33 dan 45 tahun untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan individu dengan menggunakan senjata tajam," kata Ah Chua.

Difahamkan mangsa dirawat di Hospital Pantai Bangsar. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment