My Add

Friday, 30 August 2013

Muhammad Sabtu Pesuruhjaya Polis Sarawak

Oleh ZAAIN ZIN

 
KUCHING, JUMAAT, 30 Ogos, 2013: Datuk Muhammad Sabtu Osman hari ini secara rasmi dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu menggantikan Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang ditukarkan sebagai Ketua Polis Perak.

Majlis serah terima tugas antara mereka berdua yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin.

Dalam sidang akhbar pada majlis itu, Muhammad Sabtu bertekad meneruskan kecemerlangan barisan kepimpinan terdahulu dalam memantapkan Polis Sarawak.

Katanya, antara perkara terawal yang akan diberi tumpuan adalah menangani isu-isu berkaitan kebajikan anggota polis serta sokongan logistik.

"Saya akan buat kajian lanjut mengenainya. Hal ini penting kerana jika kebajikan anggota polis dijaga, barulah kita boleh memastikan mereka dapat bertugas dengan baik.

"Seterusnya kita akan buat penambahbaikan dari segi kecekapan perkhidmatan di samping memastikan konsep Kepolisan Komuniti terus berjalan lancar di Sarawak," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment