My Add

Friday 30 August 2013

Rogol: Polis cari Gemok bantu siasatan

Oleh AMRAN MULUP

MELAKA, JUMAAT, 30 Ogos, 2013: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Gemok' bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar berusia 14 tahun di sebuah calet di Pengkalan Balak, Masjid Tanah pada 3 Ogos lalu.

Lelaki terbabit, Muhammad Izwan Suhaimi, 23, berasal dari Batu 21 (Kilometer 33.6), Air Hitam Darat, Masjid Tanah dipercayai masih berada di negeri ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan P.R. Gunarajan berkata, dua daripada tiga lelaki yang dipercayai merogol remaja itu berjaya ditahan polis.

Menurutnya, dua yang ditahan ialah seorang pelajar berusia 15 tahun dari Cheras, Kuala Lumpur manakala seorang lagi pekerja kilang berusia 23 tahun.

"Hasil siasatan mendapati calet berkenaan adalah milik keluarga salah seorang suspek dan kedua-duanya ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

"Selain 'Gemok', polis sedang mengesan seorang lagi lelaki yang belum dikenal pasti identitinya tetapi dipercayai turut terlibat dalam kes rogol ini. Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment