Oleh Herman Hamid
KAHERAH, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Walaupun penduduk Mesir mula menjalani rutin seperti normal selepas dua minggu berada di bawah perintah darurat, namun kejadian tembak-menembak antara pihak keselamatan dengan kumpulan dikaitkan penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi terus berlaku.
Terbaru, insiden berbalas tembakan berlaku kira-kira pukul 4 petang atau 10 malam waktu Malaysia semalam di kawasan Mohandessine, Giza di sini yang menempatkan bangunan kedutaan dari beberapa negara termasuk Malaysia.
Bagaimanapun, menurut laporan media tempatan, kejadian itu tidak melibatkan kematian sama ada di pihak keselamatan mahupun penentang kerajaan.
Sementara itu, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Mesir, Shaiful Anuar Mohammad berkata, kejadian berbalas tembakan itu berlaku kira-kira 20 meter dari bangunan kedutaan.
Beliau berkata, staf di Kedutaan Malaysia dapat mendengar dengan jelas bunyi tembak-menembak dari tempoh pukul 4 petang hingga 7 malam itu.
Namun menurutnya, alhamdulillah keadaan tidak berlarutan seperti insiden 14 Ogos lalu yang agak mencemaskan kerana kawasan itu berdekatan Dataran Nahdah, satu daripada dua lokasi penyokong pro-Mursi yang digempur pihak berkuasa.
Kali ini kita hanya terdengar bunyi tembakan tanpa ada insiden lebih serius. Lagipun sejak insiden 14 Ogos di Dataran Nahdah, pihak berkuasa Mesir telah tingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sekitar bangunan kedutaan.
Namun, kira-kira 100 kakitangan kita tetap berjaga-jaga disebabkan situasi politik di negara ini masih belum stabil sepenuhnya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.
Sejak tragedi berdarah di Medan Rabaah dan Nahdah 14 Ogos lalu, negara ini diletakkan di bawah perintah darurat untuk tempoh sebulan dengan perintah berkurung pada waktu malam bermula dari pukul 7 malam hingga 6 pagi.
Bagaimanapun perintah berkurung itu kemudiannya dilonggarkan antara 9 malam hingga 6 pagi Ahad lalu berikutan situasi politik yang beransur tenang setelah operasi besar-besaran ke atas pemimpin kumpulan penyokong pro-Mursi.
Demonstrasi jalanan oleh kumpulan penyokong pro-Mursi juga berlangsung aman minggu lalu dan pada esok, dijangka satu lagi perhimpunan besar-besaran di 27 wilayah di negara ini selepas solat Jumaat.
Sementara itu, secara umumnya rakyat Mesir kembali menjalani urusan seperti biasa pada siang hari dengan waktu pejabat kerajaan dan swasta kembali dibuka seperti biasa.
Berikutan itu, kawasan perniagaan di bandar raya ini kembali menjadi tumpuan penduduk tempatan seperti di Pasar Khan el-Khalili.- UTUSAN
*ORANG ramai mengambil peluang mengunjungi Pasar Khan el-Khalili untuk mendapatkan barangan berikutan situasi yang kembali tenang di Kaherah, Mesir, semalam. - Utusan/ASWAD YAHYA |

No comments:
Post a Comment