Seorang mangsa kemalangandi Ledang masih kritikal
MUAR, KHAMIS, 29 Ogos, 2013: Seorang daripada tiga beradik perempuan yang cedera parah dalam kemalangan di Jalan Muar-Tangkak dekat Pekan Bukit Kangkar, Ledang, semalam, masih kritikal.
Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Dr. Selahuddeen Abd. Aziz berkata, Siti Nur Ain Abdul Rahim, 23, berada di wad kecemasan kerana mengalami pendarahan otak selain cedera parah di bahagian kaki.
"Siti Nur Ain tidak sedarkan diri sejak dia dimasukkan ke wad berkenaan pagi semalam," katanya ketika ditemui di hospital itu di sini hari ini.
Dr. Selahuddeen berkata, kakak Siti Nur Ain pula, Siti Hajar, 30, yang tenat semalam kini stabil di Wad 6 hospital itu manakala adiknya Siti Suhada, 20, yang ditempatkan di wad sama juga beransur pulih.
Beliau berkata, Siti Hajar, seorang guru di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra dekat Kulaijaya, mengalami patah tengkuk dan cedera tulang belakang manakala Siti Suhada pula cedera di lengan kanan dan dahi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment