Oleh amran mulup
MELAKA, JUMAAT, 01 November, 2013: Berkuat kuasa serta-merta, semua syarikat kawalan keselamatan di negara ini tidak lagi dibenarkan mengambil pengawal keselamatan berjawatan sementara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada tindakan drastik kementerian berikutan terdapat kes pengawal keselamatan melakukan jenayah khususnya rompakan.
Beliau berkata, kerajaan memandang serius berhubung kes pembunuhan pegawai operasi AmBank Subang Jaya, Selangor, Allahyarham Norazita Abu Talib bulan lalu dan terbaharu, seorang pengawal keselamatan merompak sebuah kedai emas di Setapak, Kuala Lumpur semalam.
"Saya meminta unit keselamatan kementerian memaklumkan kepada semua syarikat keselamatan di seluruh negara agar tidak lagi mengambil pengawal keselamatan sementara.
"Terdapat pelanggan yang terdesak inginkan pengawal keselamatan dan syarikat kawalan keselamatan tanpa berfikir panjang terus melantik mereka sebagai pekerja sementara dan ini tidak lagi dibenarkan oleh kementerian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Penjara Malaysia Ke-206 di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Setiausaha Kanan (Pengurusan), Datuk Daud Tahir; Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar dan Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Hassan Sakimon.
Wan Junaidi berkata, pengambilan pengawal keselamatan sementara sebenarnya menimbulkan pelbagai masalah kerana mereka tidak ditapis oleh syarikat kawalan keselamatan.
"Oleh kerana permintaan tinggi terhadap pengawal keselamatan, ada syarikat kawalan keselamatan mengambil pekerja sementara tanpa menyiasat latar belakang individu itu," katanya.
Menurutnya, lebih 600 syarikat kawalan keselamatan di negara ini telah diarahkan untuk memeriksa status dan latar belakang sejumlah 26,000 pengawal keselamatan yang bertugas di syarikat tersebut.
Katanya, bagi pengambilan pengawal keselamatan baharu berjawatan tetap, setiap permohonan perlu ditapis dan diluluskan oleh polis sebelum mereka diambil bekerja.
"Selepas ini tiada syarikat kawalan keselamatan boleh mengambil pengawal keselamatan sewenang-wenangnya walaupun ada majikan amat memerlukannya," tegas beliau. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment