Tabung pembangunan RM19 juta
KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 01 November, 2013: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memperuntukkan RM19 juta untuk Tabung Pembangunan Usaha Niaga Peladang.
Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang LPP, Md Salim Sulaiman berkata, program yang bermula 2011 itu bertujuan membantu usahawan bumiputera membesarkan kapasiti perniagaan mereka.
Beliau berkata, sehingga kini LPP telah membangunkan lebih 400 usahawan melalui program ini dengan nilai pembiayaan maksimum RM100,000 seorang dengan tempoh bayaran balik selama tiga tahun," katanya kepada pemberita.
LPP diharapkan dapat membiayai lebih ramai usahawan peladang khususnya yang terlibat dalam bahan makanan, melalui program ini, kata Md Salim pada sambutan hari inovasi LPP Terengganu di sini semalam. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment