PELIK dan lucu mengikuti cerita dongeng Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
DAP, katanya memberi kepercayaan penuh kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Meneri SEKIRANYA Pakatan Rakyat (PR) berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, di sebalik berbagai tuduhan dilemparkan terhadap Ketua Pembangkang itu, parti-parti komponen PR telah sepakat sejak awal untuk meletakkan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai orang nombor 1.
Menurut laporan akhbar Sinar Harian, Selasa (14 Jun 2011) lalu. Guan Eng menyatakan demikian di majlis dialog dan makan tengah hari anjuran Bankers Club di Kuala Lumpur.
Guan Eng ditanya apakah dia akan melaksanakan formula kejayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya diberi peluang untuk mentadbir di Putrajaya sebagai Perdana Menteri.
Guan Eng menjawab, soal dia menjadi Perdana Menteri tidak timbul sama sekali, sebab jawatan tersebut telah diperuntukkan kepada Anwar dan "kita telah sepakat sejak awal lagi perkara ini,"
Guan Eng berharap rakyat tidak perlu bimbang untuk memilih PR dalam pilihan raya umum akan datang sebab anak Lim Kit Siang itu memberi jaminan sekiranya PR berjaya menguasai Putrajaya semuanya akan menjadi lebih baik untuk rakyat.
Saya ingin bertanya Guan Eng, anda tidak mahu jadi Perdana Menteri, anda nak jadi apa? Bohong, kalau Guan Eng kata dia tak teringin jawatan tertinggi itu.
Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang pun tak mahu jawatan itu. Dia awal-awal lagi menolaknya kerana seperti tulisan saya dahulu, memang sudah tersedia orang yang begitu lama 'mengidam' jawatan tersebut.
No comments:
Post a Comment