NAMPAKNYA Timbalan Presiden Pas yang baru, Mohamad Sabu mula tunjuk belang. Selang beberapa jam sahaja sah menang jawatan, dia ajak rakyat turut serta dalam perhimpunan gerakan bersih kedua yang dirancang pada 9 Julai depan.
Dia juga meminta ahli-ahli dan para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) beramai-ramai menghadiri perhimpunan yang diatur untuk mendesak kerajaan melaksanakan sistem demokrasi dan adil dalam proses pengundian pilihan raya
Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, dengan tegas menyifatkan perhimpunan itu sebagai tindakan terdesak pakatan pembangkang. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Apa yang pasti perhimpunan tersebut tentu tidak akan diberi kelulusan oleh kerajaan. Sebab itu Hishamuddin mahu pihak penganjur bertanggungjawab sekiranya perhimpunan itu diadakan mengganggu ketenteraman awam.
Jadi, sebagai rakyat yang sudah matang dan berfikiran waras, pandai-pandailah membuat congakan sendiri wajarkah anda ikut serta dalam perhimpunan tersebut. Jangan mudah terpengaruh dan terjebak sehingga menyusahkan diri sendiri.
Jangan harapkan yang disokong nanti membawa rebah!!
i like it :)
ReplyDeleteSalam tuan,
ReplyDeleteSentuhan pertama yg sungguh menarik, mari teruskan perjuangan ~ bRAVEhEART
mat sabu memang pakar sbg rebel rouser melalui kegunaan bahasa kesat,bertentangan etika islam.cara bodoh ilmu dan akhlak sabu'iyah.Boktikan anda bukan hanya berani kosong dgn buat surat akujanji bersedia dan sukarela didakwa sekiranya demo anda mencetus pergadohan.
ReplyDelete