HARAPAN Presiden UMNO kepada jentera parti, mereka hendaklah bekerja keras dan merangka strategi baru sebagai langkah untuk meningkatkan persepsi serta aspirasi rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Kehendak Mohamad Najib Razak itu sewajarnya ditunai dengan penuh keiklasan dan dilaksanakan dengan sepenuh hati serta bertanggungjawab.
Nasihat Perdana Menteri kepada ahli-ahli UMNO dan BN, mereka perlu bijak mempengaruhi minda rakyat serta cita rasa rakyat supaya bersedia menberi sokongan padu kepada BN sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum kelak.
Demikianlah harapan besar Najib, diluahkannya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Ampang, Ahad lalu.
Secara terbuka, Najib menegur kepimpinan UMNO, mereka tidak seharusnya memberi tumpuan mengukuhkan sokongan ahli parti semata-mata untuk menjaga kedudukan masing-masing sahaja, tetapi mereka hendaklah memberi perhatian terhadap rakyat.
Kata Najib, UMNO dan BN tidak dapat melakukan sesuatu, melakukan perubahan, melaksanakan wadah perjuangan dan memenuhi aspirasi rakyat jika tiada kuasa politik.
Mengikutnya, dalam sisstem demokrasi berparlimen, kuasa politik datang daripada rakyat. Jangan bertelagah sesama sendiri. Rapatkan barisan. Kuatkan azam dan UMNO bersama BN mesti menyusun strategi dan pasti melakukan sesuatu lebih berkesan.
Menurut Najib UMNO dan BN mesti menunjukkan keupayaannya, lebih mampu, lebih baik dan berkesan serta tidak sekadar retorik sahaja.
Najib berpesan kepada rakyat, parti pembangkang hanya pandai menabur janji berbanding dengan kerajaan BN yang sudah pun melaksanakan pelbagai program untuk rakyat.
No comments:
Post a Comment