My Add

Wednesday, 22 June 2011

Jangan beri muka pada pakatan pembangkang

SAYA tidak fikir kerajaan snaggup membiarkan pakatan pembangkang bertindak tanpa sempadan. Sebarang kegiatannya yang melanggar undang-undang negara wajar ditentang habis-habisan.

Hendaknya perhimpuan Bersih 2.0, 9 Julai depan ditangani secara berani dan telus. Kerajaan tidak boleh lagi beri muka kepada Parti Keadilan Rakya (PKR) dan Pas.

Kita mengerti PKR dan Pas merancnag hendak menjadikan perhimpuan haram itu sebagai platform untuk menaikkan isu yang akan menjadi perhatian rakyat dan akhirnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

Usah bimbang, PKR dan Pas kini berada dalam dilema apabila sokongan daripada orang Melayu terhadap parti tersebut semakin berkurangan.

3 comments:

  1. Perhimpunan BERSIH hanyalah untuk menarik perhatian ramai dan bermotif politik. Ada anasir tertentu lebih suka suasana negara huru-hara dari aman dan stabil. Perhimpunan ini tidak akan berjaya.

    ReplyDelete
  2. orang melayu yang bekerja di kl dah berfikir-fikir nak ambil cuti balik kampung pada 8 julai sehari sebelum perhimpunan bersih. mereka gelisah. mereka takut. mereka bimbang. apa punya manusialah si ambiga ni. nak cari pasal je. marilah seluruh umat islam yang pecaya kepada kestabilan dan keamanan menganjurkan sembahyang hajat di seluruh negara agar perkara yang buruk tidak terjadi kepada negara yang kita cintai ini. Kalaulah boleh Mahaguru Silat Lincah, Tan Sri Omar Din dapat kerahkan pesilat-pesilat di seluruh negara berjumlah 3.2 juta orang menjaga keselamatan bangsa kita yang akan menjadi mangsa perhimpunan haram ini. Kita bukan hendak berperang tetapi hanya hendak membuktikan majoriti rakyat jelata tidak menyokong perhimpunan haram di negara yang aman damai ini.

    ReplyDelete
  3. mengapa phobia dengan perhimpunan BERSIH?kenapa mesti mendengar berita dari sabelah pihak saja?sepatut nya diberi laluan perhimpunan ini....dan sama2 kita tengok siapa yang buat onar...atau pon pdrm memberi laluan khas untok peserta bersih...dan untok mereka yang menentang diberi laluan khas yang lain....ada berani ke?ini kan negara demokrasi....bukan negara komunis atau sosialis saperti yang di laung2 kan kepada seluroh rakyat...hanya mereka yang tak faham,buta mata hati dan terkongkong pemikiran saja yang tak boleh terima.....

    ReplyDelete