SEJAK kebelakangan ini Pergerakan Puteri UMNO dilihat agak lesu. Ini seolah-olah ia tidak mampu bergerak dengan perancangan strategik untuk memperkuatkan parti.
Sebab itu, menurut setengah pihak, Puteri kurang menyerlah, tidak seligat Pergerakan Wanita UMNO.
Pada pendapat umum, Puteri hanya aktif semasa pilihanraya sahaja.
Ramai masih kabur. Ramai juga kurang tahu fungsi Puteri sebenarnya dan secara meluas. Mungkin Puteri mahu bergerak secara senyap-senyap. Tidak mahu heboh-heboh.
Dari perbulan saya dengan beberapa orang pemimpin peringkat bahagian dan cawangan Puteri, saya dapat menyelami perasaan mereka. Secara jujur mereka melahirkan rasa kurang senang masing-masing ekoran perkembangan kurang sihat yang tidak sepatutnya berlaku.
Rata-rata mereka mengakui, Puteri tidak lagi serancak dan selancar pimpinan lampau.
Jika begitu, ini bermakna peranan Puteri belum berkesan untuk membantu UMNO memperkasa perjuamgannya..
Ketua Puteri, Rosnah Abdul Rashid Shirlin tahu jawapannya!
No comments:
Post a Comment