My Add

Saturday 11 June 2011

RAMAI TERKEJUT PAS TERPESONG

RAMAI masyarakat Melayu Islam terkejut dengan keputusan Pas menukar haluan perjuangannya.

Lebih 50 responden yang ditemui sekitar Lembah Kelang melahirkan kekesalan mereka di atas keterlanjuran parti itu hingga terpesong dari konsep perjuangan asalnya untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Dalam perbualan singkat dengan mereka, kebanyakannya merasakan pucuk pimpinan Pas yang baru sudah terseret dalam kancah khayalan 'kuasa'.

Kata mereka, Pas bukan lagi parti Islam. Pas bukan seperti berpuluh tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa dan Islam.

Kebanyakan mereka berpendapat, Pas sudah terjerumus masuk gelanggang politik rakan sekutunya dalam pakatan rakyat, iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mereka juga merasa janggal, seolah-olah parti Melayu Islam itu tidak berpendirian kukuh hingga boleh diperkuda oleh parti lain.

Telahan mereka, Pas bukan sahaja termakan pujukan DAP dan PKR, malah sudah tenggelam dalam lamunan mimpi untuk berkuasa selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Kata seorang responden, harapan dan impian Pas untuk tumpang sekaki bersama DAP dan PKR ke Putrajaya, mungkin tidak kesampaian.

Rata-rata respondan setuju impian Pas hanya umpama untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

1 comment:

  1. masyarakat melayu (umno) yang mana yang terkejut?sudah kah mereka mendapat maklumat atau info dari mereka2 yang bolih dipercayaai atau dengar sendiri dari pemimpin2 pas....kalau setakat berita dari utusan,tv1,tv3,tv9 dan seluruh mass media yang dikontrol oleh kerajaan...bagi saya kita kena nilai atau orang putih kata kena evaluate or audit.....

    ReplyDelete