My Add

Friday 17 June 2011

Fatwa baru Pas himpunan Bersih wajib

PARTI Pas mengeluarkan fatwa baru...perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching, 9 Julai, sebagai wajib dilaksanakan berdasarkan Islam dan mengikut sunnah kerana diadakan secara aman.

Fatwa baru itu, bukan seperti selalunya datang daripada Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat atau daripada Presidennya, Haji Abdul Hadi Awang. Kali ini fatwa yang mengelirukan itu dibuat oleh Ketua Ulama Pas, Harun Taib.

Harun dipetik sebagai berkata, perhimpunan itu adalah saluran dibenarkan oleh Islam kerana agama itu mahu kemungkaran dicegah dengan tangan, lidah dan hati.

Menurut laporan akhbar Sinar Harian (Jumaat,17 Jun 2011), Harun berkata, perhimpunan Bersih 2.0 mencegah kemungkaran kerajaan dengan menggunakan tangan yang menuntut sistem pentadbiran negara lebih adil.

Manakala Setiausaha Majlis Syura Pas, Nik Zawawi Nik Saleh pula menyifatkan demonstrasi aman adalah satu daripada kaedah memperjuangkan hak kerana kerajaan tidak akur dengan kehendak majoriti.

Sambil meminta ahli Pas jangan membawa senjata semasa perhimpunan, Nik Zawawi mendakwa jika berlaku kekacauan, ia disebabkan anasir luar yang cuba menghuru-harakan perhimpunan itu.

Usah buat dosa kering Zawawi, menunding jari kepada orang lain!

1 comment:

  1. fie aku setuju dengan hang lah. susah nak kawal perhimpunan yang besar tu. mesti ada yang kurang akal dan akan buat kecoh. bila ini belaku polis akan bertindak. puak-puak ini sudah pasti tuduh polis zalim. kerajaan zalim. yang akan cedera nanti mesti orang melayu. yang kena tangkap nanti juga melayu. aku tak tahu apa yang PAS ni fikirkan. Kesianlah tengok anak-anak muda mlayu nanti cedera dan ditangkap. anak-anak muda melayu ni patut dilatih membuat kerja-kerja yang baik untuk kepentingan agama Islam, bangsa dan negara.
    kita dan banyak keliru tentang Fakwa pas ni. tapi la ni pas pun langgar fatwa mereka. kalau masih ada orang melayu nak sokong parti macam ni. tak tahu lah. melayu akan lagi tinggal jauh kebelakang daripada kaum lain.
    orang melayu mesti bersatu macam orang cina kini bersatu di bawah dap. mereka tidak yakin lagi dengan mca dan gerakan. mereka ingat dap boleh bantu mereka. kempen dap yang hanya memperjuangkan kaum cina sudah berjaya mendapat sokongan kaum itu. orang cina semakin menyampah dan meluat dengan mca dan gerakan.
    dap dan musnahkan umno. mereka sedar selagi umno hidup mereka TIDAK AKAN DAPAT melaksanakan perjuangan mereka malaysian malaysia yang lebih mirip macam malayan union yang hendak dilaksanakan oleh penjajah british dulu. Ingatlah melayu jangan termakan umpan dap.
    bersama-samalah kiita berdoa ke hadrat Allah supaya orang melayu, raja-raja melayu, dan pemimpin melayu selamat dan terus menerajui negara MELAY uang dicintai ini. HIDUP MELAYU. rasiskah aku bersikap seperti ini untuk mempertahankan bangsaku. wasalam.

    ReplyDelete