My Add

Thursday 16 June 2011

JAMINAN MAT SABU TAK BOLEH PAKAI

PEMIMPIN nombor 2 Pas, Mohamad Sabu jamin perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur, di Sabah dan di Sarawak, 9 Julai depan  akan berjalan secara aman, tidak akan berlaku kekacauan dan tiada harta benda rosak.

Bolehkah kita terima bulat-bulat jaminan Mat Sabu  itu?  Sebab, setahu kita, pada perhimpunan Bersih tidak lama dahulu, berlaku suasana tidak tenteram, perasaan takut para peniaga sama ada besar atau kecil dan banyak harta benda mereka rosak.

Kita tidak yakin perhimpunan tanpa mendapat kelulusan pihak berwajib itu, terjamin risikonya. Mat Sabu bolehlah  cakap lepas. Tetapi mampukah dia mengawal tindak-laku 'liar' pengikut-pengikut yang lain.

Inilah antara beberapa perkara yang kita khuatiri, terutama keselamatan orang ramai.
Contohnya, semasa  perhimpunan lalu, banyak gedung perniagaan, terutama di Jalan Tuanku Abdul Rahman terpaksa ditutup. Perniagaan peniaga-peniaga kecil di lorong-lorong sekitarnya turut terjejas dan banyak juga harta benda mereka rosak akibat 'tingkah-laku ganas' peserta-peserta perhimpuan.

Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Andai peritiwa serupa itu berulang, andalah orang yang bertanggungjawab dan dipersalahkan.

Alahai Mat Sabu, elokah renung jauh-jauh dan  fikir masak-masak rancangan hang tu. Nanti terjebak makan diri sendiri.

Kini, pelbagai pihak telah bersuara, mereka mengutuk dan menentang perhimpunan  tersebut kerana mereka bimbang bakal timbul sesuatu yang tidak baik nanti.

Dengarlah nasihat Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar supaya penganjur perjumpaan tersebut membatalkan rancangan mereka kerana ia mengancam keselamatan.

Menurut Khalid (Berita Harian, Rabu 15 Jun 2011), polis khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman awam yang akan tergugat dan aktiviti perniagaan  terpaksa dihentikan berikutan perhimpuan itu.

Katanya, selain polis tidak akan mengeluarkan sebarang permit untuk perjumpaan itu, pihaknya menerima 418 laporan daripada pelbagai pihak termauk peniaga, pengusaha kereta sewa  dan pengusaha pelancongan  yang membantah perjumpaan itu diadakan.

Khalid  memberitahu, polis juga menerima laporan, pada hari yang sama ada kumpulan lain yang berlainan ideologi merancang untuk mengadakan perjumpaan.Ini mengudang kebimbangan sekiranya berlaku pertembungan antara dua kumpulan, tegasnya.

Khalid berkata, polis akan mengambil langkah pencegahan termasuk tangkapan jika perlu, sambil megingatkan orang ramai jangan menyertai perjumpaan kerana banyak cara lain yang boleh dilakukan sekiranya untuk membangkitkan sesuatu permasalahan.






,

1 comment:

  1. saya pernah terlibat dalam beberapa demonstrasi aman....kami telah diarah supaya tidak mengeluar kan kata2 kesat,mengutok2 dan apa lagi membakar harta benda awam...yang provoke kami ialah puak2 yang sengaja diupah....supaya menampakkan yang demonstrator ini ada lah ganas tidak bertamaddun,extremist dan bermacam lagi tuduhan....dan baru2 ini ada berita mengatakan seramai 30 lebih orang ditahan oleh pihak berkuasa kerana disyaki menentang ydpa dan untok menghidupkan fahaman komunis..logik ke hanya dengan menaikki bas dan berpakaian tee shirt..mereka2 bolih laku kan perkara ini?

    ReplyDelete