My Add

Tuesday 27 August 2013

ATM-PDRM anjur rumah terbuka Aidilfitri Ahad ini

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 Ogos, 2013: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di perkarangan Muzium Diraja (Istana Negara Lama) di sini, pada Ahad.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dijangka berangkat ke majlis rumah terbuka yang bermula dari 2 petang hingga 5 petang.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini berkata, program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan itu merupakan aktiviti kedua-dua pasukan keselamatan berkenaan mendekati masyarakat umum.

Majlis dijangka turut dihadiri, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan menteri kabinet lain.

Orang ramai dijemput memeriahkan lagi suasana Aidilfitri, menurut kenyataan itu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment