Oleh HAKIMI ISMAIL
PUTRAJAYA, ISNIN, 26 Ogos, 2013: Kementerian Dalam Negeri akan mendedahkan kesemua nama kumpulan kongsi gelap di negara ini termasuk jenis jenayah yang dilakukan bagi membolehkan masyarakat menilai setiap pertubuhan yang disertai.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut bertujuan membuktikan keseriusan polis dalam membanteras kumpulan kongsi gelap yang dipercayai memonopoli kegiatan jenayah di negara ini.
Beliau berkata, kementerian kini dalam proses melakukan pewartaan terhadap nama-nama pertubuhan kongsi gelap dan meminta masyarakat terus memberi kerjasama kepada polis bagi membantu siasatan.
"Kementerian akan dedahkan senarai kumpulan kongsi gelap melalui media massa dalam tempoh terdekat. Ini adalah langkah terbaik bagi membolehkan masyarakat mengetahui setiap pertubuhan haram yang terdapat di negara ini.
"Usaha pihak polis yang bersungguh-sungguh membanteras kumpulan kongsi gelap perlu disokong semua pihak dan dalam hal ini masyarakat memainkan peranan dan perlu bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat Ahli Kongres Amerika Syarikat, Eni Faleomavaega di pejabatnya, di sini hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.
Mengulas mengenai Op Cantas Khas, Ahmad Zahid berkata, operasi yang dilakukan di seluruh negara menunjukkan keberkesanan selepas seminggu dilancarkan selepas berjaya menahan suspek bagi membendung kegiatan jenayah khususnya berkaitan aktiviti kongsi gelap.
"Sebelum ini ramai beranggapan Op Cantas Khas hanya dilakukan di Pulau Pinang selepas lima ahli kongsi gelap ditembak mati di negeri tersebut baru-baru ini.
"Kita sentiasa berwaspada dan Op Cantas Khas ini dilaksana di semua negeri bagi membendung kegiatan jenayah," katanya.
Katanya, polis juga sedang memberi perhatian khusus terhadap gejala kongsi gelap di sekitar Lembah Kelang.
"Kita mempunyai rekod terdapat bekas tahanan Simpang Renggam dan Ordinan Darurat (EO) kini berada di beberapa kawasan panas di Lembah Klang, jadi polis akan mengambil langkah proaktif untuk sentiasa berwaspada dalam hal ini," katanya.
Dalam pada itu, mengulas kelulusan pemasangan peranti pengawasan elektronik (EMD) ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Ahmad Zahid berkata, langkah tersebut amat tepat dalam menjamin ketenteraman awam di negara ini.
"Kita tidak akan menggadaikan nasib masyarakat di negara ini hanya kerana 10,000 individu yang melakukan jenayah, tiada isu mengenai hak asasi manusia dalam hal ini tetapi adalah untuk keselamatan," katanya - UTUSAN.
*AHMAD Zahid Hamidi (tengah) bersalaman dengan Eni Faleomavaega (kiri) sambil disaksikan Jamaludin Jarjis di pejabatnya, di Putrajaya, semalam. - BERNAMA |

No comments:
Post a Comment