Iraq larang guna ruang udaranya untuk serang Syria
BAGHDAD, SELASA, 27 Ogos, 2013: Iraq tidak membenarkan mana-mana pihak menggunakan ruang udara atau wilayahnya bagi melancarkan serangan ke atas Syria.
"Kami tidak akan membenarkan penggunaan ruang udara untuk menyerang jiran kami. Pendirian kami tetap berhubung perkara ini," kata jurucakap Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki.
Barat bercadang menggenakan tindakan ketenteraan terhadap Syria selepas mereka dituduh menggunakan senjata kimia sehingga mengakibatkan ratusan penduduk berhampiran Damsyik terbunuh. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment