*ROSMAH Mansor dan Nompumelelo Ntuli Zuma (empat dari kanan) bersama anak-anak di Pusat Permata Negara ketika tetamu negara itu melawat pusat tersebut di UKM Bangi, Selangor, semalam. |
Beliau diiringi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Program Permata Negara dan isteri Menteri Luar, Datin Seri Siti Rabiah Abdul Samad.
Yang turut hadir isteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Afrika Selatan, Datin Danna O. Ontol dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Perhubungan Antarabangsa UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali.
Semasa lawatan tersebut, isteri Presiden Afrika Selatan itu diberikan penerangan tentang perjalanan program dan operasi pusat yang dibangunkan khas untuk mengembangkan bakat dan menyerlahkan potensi terbaik pelajar pintar.
Bercakap dalam majlis berkenaan, Rosmah berkata, Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Permata) merupakan pelengkap kepada sistem pendidikan sedia ada atas peranannya sebagai landasan bagi pelajar-pelajar pintar.
"Program ini penting bagi menyediakan landskap pendidikan khusus yang sesuai buat kelompok kanak-kanak pintar yang memiliki tahap kecerdasan (IQ) lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain," katanya.
Dengan menggunakan falsafah IQ tinggi, cerdas emosi (EQ tinggi), cerdas rohani (SQ tinggi) dan cerdas sosial dan fizikal, program Permata yang diilhamkan oleh Rosmah kini mengandungi lima program utama yang terdiri daripada Permata Negara, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja dan Sekolah Permata Pintar UKM.
Ketika ini, sebanyak 27,000 kanak-kanak usia bawah lima tahun di Malaysia mendapat manfaat daripada perluasan program Permata Negara dengan penubuhan 656 pusat asuhan dan didikan awal.
Terdahulu dalam majlis itu, Nompumelelo turut dihiburkan dengan persembahan menarik daripada pelajar-pelajar program Permata termasuk bakat luar biasa tiga pelajar program Permata Insan menghafal dan menyelesaikan permasalahan Matematik yang diberikan secara spontan dalam masa tidak sampai seminit. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment