Jangan terlalu ekstrem sehingga tolak bahasa asing
Oleh SOFIAN BAHAROM
KUALA LUMPUR, SELASA, 27 Ogos, 2013: Rakyat negara ini diminta supaya tidak terlalu ektrem dalam perjuangan bahasa Melayu sehingga menolak ilmu terutama dalam bidang sains dan matematik yang menggunakan bahasa asing termasuk bahasa Inggeris.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tidak menjadi sesuatu yang menderhakai bahasa Melayu apabila bahasa asing tersebut digunakan dalam pembelajaran memandangkan ilmu sains dan matematik berkembang pesat setiap hari dan menuntut semua pihak untuk bergerak sejajar dengannya.
"Begitulah pendirian saya, kalau kita mahu meningkatkan lmu dalam sains dan matematik, kita perlu kuasai bahasa yang disampaikan. kalau tunggu asyik tunggu penterjemah jadi orang tengah, kita akan ketingglaan dalam menguasai ilmu.
"Dunia kini berada pada keadaan eurosentrik yang mana perhatian semua telah dipusatkan atau ditumpukan ke Eropah untuk mempelajari cara pemikiran, ilmu dan bahasa masyarakat di sana," katanya ketika berucap merasmikan Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment